Connect with us

Oh! Media

Ole Gunnar Solskjaer Berharap Dipilih Sebagai Pengurus Tetap United

Umum

Ole Gunnar Solskjaer Berharap Dipilih Sebagai Pengurus Tetap United

Ole Gunnar Solskjaer yang kini menjadi pengurus sementara bagi mengendalikan United telah mempamerkan suntikan yang berkesan setakat ini selepas menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada 19 Disember lalu.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, bagi mengharungi saingan Liga Perdana yang berbaki, Solskjaer ada menyatakan bahawa pemilik kelab Molde berharap dia tidak kembali ke Norway kerana mahu dirinya berjaya menjadi pengurus tetap Manchester United.

Walaubagaimanapun, pengurusan United sedang menilai beberapa calon untuk menjadi pengurus tetap United seperti pengurus Tottenham Hotspur, Mauriio Pochettino difahamkan antara menjadi pilihan utama United selain bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane dan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone.

Namun keputusan ini hanya akan diambil selepas tamat musim ini. Solskjaer yang beraksi bersama United antara 1996 hingga 2007 tanpa berselindung mengakui mahu mengendalikan kelab itu secara tetap.

Katanya, dia mendapat sokongan penuh daripada dua ahli perniagaan Norway, Kjell Inge Rokke dan Bjorn Rune Gjelsten sebagai pemilik bersama Molde.

“Ketika saya menghubungi pemilik dan memberitahu mengenai tawaran diberikan United, dia tahu itu adalah impian saya.

“Dia kemudian berkata pergilah dan nikmatinya. Yang paling penting jangan kembali semula,” kata Solskjaer.

Solskjaer menambah kedua-dua pemilik Molde mengucapkan selamat maju jaya buat dirinya kerana mereka tahu itu adalah sesuatu yang diimpikannya selama ini.

“Mendapat sokongan daripada mereka adalah sesuatu yang menakjubkan. Jika saya kembali ke Molde, saya akan buat yang terbaik untuk mereka tetapi ia bergantung bila saya akan kembali.

“Ia sangat menakjubkan setakat ini. Diharapkan saya dapat bertemu dengan keluarga saya secepat mungkin dan inilah satu-satunya keburukan kerja ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas