Connect with us

Oh! Media

Tournament FIFA 19 ‘Oh Media Gaming’ Setiap Hari Selasa Terima Sambutan Luar Biasa

Oh! Lifestyle

Tournament FIFA 19 ‘Oh Media Gaming’ Setiap Hari Selasa Terima Sambutan Luar Biasa

Tuesday Night Tournament (TNT) anjuran Oh Media Gaming (OMG) berlangsung secara gilang-gemilang pada setiap hari Selasa bermula Disember 2018. TNT merupakan satu acara mingguan yang diadakan di OMG pada setiap hari Selasa bermula jam 8:30 malam dan akan berlarutan selama 16 minggu berturut-turut

ADVERTISEMENT

Berikut adalah senarai pemenang Tuesday Night Tournament (TNT), Oh Media Gaming pada setiap minggu.

Minggu 1 (4 Disember 2018):

DANIEL ILHAN

Minggu 2 (11 Disember 2018):

YOKE KUAN

* Pemenang minggu seterusnya akan dikemaskini…

Buat masa ini, game yang dipertandingkan untuk acara TNT ini adalah FIFA19. Lebih banyak game akan dipertandingkan pada masa akan datang. Acara mingguan ini boleh disertai secara percuma sahaja dan para peserta akan merebut hadiah menarik yang ditawarkan (buat masa ini gift card RM100 untuk digunakan di dalam OMG untuk apa sahaja.




Menurut Oh! Media, pertandingan yang diadakan pada setiap hari Selasa ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat hebat dalam dunia eSport dan membawa bakat anak muda ini untuk pergi lebih jauh lagi ke peringkat antarabangsa. TNT di Oh Media Gaming mengumpulkan bakat-bakat muda untuk beraksi dalam beberapa kumpulan sebelum mereka dipecahkan melalui perlawanan kalah mati bagi mencari juara antara juara antara 16 peserta nanti.

Klik gambar untuk senarai penuh.

TNT buat pertama kali ini menyaksikan Daniel Ilhan Bin Safuddin dinobatkan sebagai juara TNT OMG untuk kali ini selepas beraksi dalam 4 pusingan menewaskan lawannya dengan jaringan 5 – 1, 4-1, dan  4-1 di peringkat separuh akhir.

Final menyaksikan Daniel Ilhan bertemu seorang lagi pemain hebat, Tuan Abdul Manaf yang menyaksikan kemenangan akhirnya berpihak kepada Daniel Ilhan dengan jaringan 3 berbalas 2.|

Dengan kemenangan tersebut, nama Daniel Ilhan direkodkan untuk bertemu juara-juara TNT pada masa akan datang dalam satu tournament yang lebih besar dan berprestij anjuran Oh Media Gaming.

Oh! Media menjemput sesiapa sahaja yang meminati E-Sport dan permainan FIFA 19 untuk menyertai acara yang di adakan pada setiap hari Selasa ini. Penyertaan adalah percuma sahaja dan anda boleh sertai dengan datang sendiri mendaftarkan diri anda di Oh Media Gaming.

Oh Media Gaming merupakan produk terkini dari Oh Media Sdn Bhd dan telah membuka branch pertama mereka di Seremban 2, Negeri Sembilan bermula 1 Oktober 2018 yang lalu dan beroperasi setiap hari dari jam 12 Tengahari hingga 12 Malam dan hanya ditutup pada hari Isnin untuk proses pembersihan menyeluruh untuk memastikan lokasi eSport ini terus memberikan budaya sihat dalam arena E-Sport di Malaysia.

Gambar kredit: Kushairi (Snap Art Photography)

OH MEDIA GAMING
46-1 Jalan S2 B16, Pusat Dagangan Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
 (Waze: Oh Media Gaming)
Facebook: Oh Media Gaming – OMG
Instagram: @ohmediagaming
Twitter: @ohmediagaming
Challonge: Oh Media Gaming

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas