Connect with us

Oh! Media

Nvidia Keluarkan Kad Grafik Dengan Kod Nama “Super”

Umum

Nvidia Keluarkan Kad Grafik Dengan Kod Nama “Super”

Siapa tak kenal Nvidia? Pengeluar kad grafik terkemuka. Baru-baru ini, Nvidia dijangka  akan mengeluarkan kad grafik baru untuk generasi RTX siri 2000 dengan memperkenalkan kod nama ‘Super’.
Pengumuman rasminya sepatutnya dilakukan pada awal minggu ini termasuk spesifikasi kad dan kelebihan kad grafik yang menggunakan kod nama Super berkenaan.
Berdasarkan beberapa imej yang tertiris di Internet, RTX 2070 dan RTX 2060 bakal menerima varian baru daripada kod nama super ini. Ia juga menyatakan kad grafik baru itu akan berada di pasaran pada minggu depan manakala untuk Nvidia GeForce RTX 2080 Super pula akan mula memasuki pasaran pada 23 Julai ini.
Dari segi harga pula, ketiga-tiga kad grafik ini ditawarkan dalam harga premium iaitu RTX 2080 Super dianggarkan berharga RM2,800, RTX 2070 (RM2,000) dan RTX 2060 (RM1,600).
Dengan pelancaran kad grafik varian baru itu akan memperkuatkan dominasi Nvidia bagi segmen berkenaan dan memberi lebih pilihan kepada pengguna. Namun ia akan memberikan beberapa keadaan kepada pengguna dan pasaran sama ada akan berlaku penurunan harga bagi kad sebelum ini menjadikan ia lebih mampu milik.
Sumber: MyMetro

Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas