Connect with us

Oh! Media

Nostalgia Bas Pink Kini Kembali Dengan Versi Moden!

Ohmedia pink 1png

Umum

Nostalgia Bas Pink Kini Kembali Dengan Versi Moden!

Sumber dari Rakyat Post

Masih ingatkah korang semua dengan kewujudan bas mini berwarna pink yang megah menyusuri jalan-jalan dikota satu ketika dahulu? Mesti korang ada kenangan dengan bas inikan? Kini setelah 21 tahun, bas mini buat ‘comeback’ dengan versi yang lebih moden.

Sumber dari Rapid KL

Syarikat pengangkutan negara, Rapid KL dibawah Prasarana Malaysia Berhad membuat pengumuman untuk menghidupkan kembali perkhidmatan bas mini pada 1 September ini. Namun bas mini yang diumumkan bukanlah bas mini pink seperti zaman dahulu, Bas mini versi Rapid KL tampil lebih moden dan lengkap dengan pendingin hawa.

Sumber dari Rapid KL

Menurut Rapid KL, perkhidmatan bas berkenaan adalah perkhidmatan percubaan yang akan dijadualkan beroperasi selama 3 bulan, membabitkan laluan Bukit Indah ke Ampang Point. Bas mini berkenaan akan digunakan di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit.

IKLAN

Dipetik dari MalaysiaKini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata bas mini itu, yang boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas, akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

“Jika ada permintaan yang menggalakkan semasa perkhidmatan percubaan ini, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan bagi laluan ini dan berkemungkinan memperluaskannya ke laluan lain pula,”

Sumber : Sinar Harian dan MalaysiaKini

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas