Connect with us

Oh! Media

Niat Nak Berehat, Tapi Diselubung Kegelisahan, Hotel Ditempah “Indah Khabar Dari Rupa”

Umum

Niat Nak Berehat, Tapi Diselubung Kegelisahan, Hotel Ditempah “Indah Khabar Dari Rupa”

ADVERTISEMENT
Disangka sesat mencari tempat penginapan yang ditempah didalam talian, rupanya hotel yang ditempah ibunya di Taiping untuk satu malam untuk berehat setelah penat beraya hanyalah indah khabar dari rupa, tetapi juga misteri, menurut Farhan Rajuli.
Mereka memutuskan untuk berehat disana bagi menghilangkan untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Menurut Farhan, mereka tertarik dengan iklan yang buat selain harganya yang “affordable”.
Maka bermulalah pengalaman seram keluarga Farhan Rajuli di hotel berkenaan yang kelihatan agak seram dan misteri. Farhan mendakwa bahawa beliau terdengar bunyi air menitik-nitik dan berhenti, dan kembali menitik secara berterusan kemudian disusuli dengan bunyi seakan orang sedang membuka dan menutup pintu. Pengalaman berkenaan turut dirasa oleh ahli keluarga yang lain, menyebabkan mereka sekeluarga tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Keesokan harinya, ketika mahu keluar, Farhan mendakwa cuba menghubungi lelaki yang mengurus bilik berkenaan, namun dia hanya menyuruh Farhan meletakkan kunci bilik di kotak di bahagian penyambut tetamu. Selepas itu, Farhan bertindak membuat laporan kepada pihak yang mengurus tempahan atas talian.
Farhan tidak menggalakkan orang lain untuk menempah hotel berkenaan, kerana selain kelihatan seram, hotel berkenaan hanyalah indah khabar dari rupa. Gambar yang tersedia dilaman sesawang berkenaan adalah gambar lama dan mereka tidak mengemaskini status hotel berkenaan setelah pengurusan bertukar tangan.
Farhan berkongsi pengalamannya di Twitter dan mendapat 3000 “retweet” serta pelbagai reaksi dan komen dari netizen.

Sumber : Mstar dan Akaun Twitter (@bebopbeebop)

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas