Connect with us

Oh! Media

Niagaan Getah Meningkat Minggu Depan

Hevea brasiliensis muell arg pohon tanaman karetjpg

Umum

Niagaan Getah Meningkat Minggu Depan

Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan seiring dengan pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah dunia,” kata seorang peniaga.

“Harga minyak mentah tinggi pada Jumaat apabila inventori minyak mentah Amerika Syarikat menyusut,” kata peniaga itu yang juga menjangka komoditi tersebut mendapat kuasa beli dari India berikutan bencana banjir yang melanda Kerala.

Banjir itu menyebabkan kekurangan bekalan getah hampir 20 peratus daripada industri tayar India, katanya.

IKLAN

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 5.5 sen kepada 540.5 sen sekilogram dan lateks pukal meningkat 6.5 sen kepada 409 sen sekilogram.

Minggu depan, pasaran akan menyambung dagangannya pada Rabu berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Isnin) dan Awal Muharram (Selasa).

Sumber: Bernama

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas