Connect with us

Oh! Media

Negeri Perak Peruntuk Insentif RM1.5 Juta Kepada Atlet Mereka

20181011fn14jpg

Umum

Negeri Perak Peruntuk Insentif RM1.5 Juta Kepada Atlet Mereka

Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sebagai insentif kepada atlet mereka yang berjaya. Ia diberikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengharapkan para atlet dapat membawa pulang lebih banyak kejayaan bukan setakat untuk Negeri Perak sahaja, malah untuk negara.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu para atlet ini dalam mengharumkan nama negeri dalam kejohanan yang disertai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Negeri Perak 2018 di sini, hari ini.

Terdahulu, insentif berkenaan disampaikan kepada para atlet negeri yang berjaya menggondol pingat dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma), Para Sukma, Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) yang berlangsung di Perak baru-baru ini.

IKLAN

Selain itu, insentif tersebut juga diberikan kepada skuad bola sepak negeri, The Bos Gaurus yang muncul juara dalam Piala Malaysia 2018 selain kejayaan pasukan hoki menjuarai Piala Razak 2018.

Ahmad Faizal berkata, beliau juga melahirkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How kerana berjaya melancarkan penganjuran beberapa temasya sukan di Perak meskipun berdepan sedikit cabaran.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas