Connect with us

Oh! Media

“Nak Selamat Daripada Sambar Petir, Duduk Dalam Kereta Bukan Bawah Pokok” – Pensyarah UTM

Oh! Tidak

“Nak Selamat Daripada Sambar Petir, Duduk Dalam Kereta Bukan Bawah Pokok” – Pensyarah UTM

Umum tahu bahawa banyak kes-kes meragut nyawa akibat dipanah petir tetapi ramai yang tidak tahu bahawa kereta dan kapal terbang adalah kenderaan yang selamat dan tidak akan meletup jika dipanah petir.

ADVERTISEMENT

Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr Jasrul Jamani Jamian berkata, berada di dalam kenderaan lebih selamat ketika hujan dan petir berbanding berlindung di bawah pokok.

“Jika duduk di bawah pokok kemungkinan untuk disambar petir adalah besar tetapi kita selamat jika duduk dalam kenderaan seperti kereta atau kapal terbang.

“Setakat ini tiada lagi kes kereta meletup disebabkan dipanah petir malah mengikut saintifik, kereta yang dipanah petir tidak akan menyebabkan berlakunya percikan api,” katanya.

Dr Jasrul juga mengulas kejadian yang berlaku semalam di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan semalam apabila sebuah kereta membawa mercun meletup dipanah petir.

Beliau berkata, kemungkinan besar kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh mercun itu dan bukan panahan petir.

“Jika petir menyambar kereta pun kita yang ada di dalam tidak akan terkena renjatan dan kemungkinan besar kejadian kereta meletup itu disebabkan oleh mercun itu bukan petir.

“Kejadian itu mungkin disebabkan mercun bola itu sama ada ia termampat, keadaan but kereta atau kereta itu sendiri yang menyebabkan mercun itu aktif sehingga menyebabkan berlaku letupan,” katanya.

Beliau juga berkata, kereta juga menggunakan konsep Faraday Cage di mana jika berlaku pengaliran elektrik pada permukaan luar, ia tidak akan memberi apa-apa kesan pada benda yang berada di dalam kereta berkenaan.

Kejadian yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 49 tahun semalam, dikatakan  berpunca daripada mangsa merokok di dalam kereta menyebabkan kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa meletup dan terbakar sejurus selepas itu.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas