Connect with us

Oh! Media

Najib Razak Dilihat Steady Minum Kopi Walau Akan Ditampar

Umum

Najib Razak Dilihat Steady Minum Kopi Walau Akan Ditampar

Chef nombor 1 Malaysia iaitu Chef Wan hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana telah mengeluarkan kenyataan dan ayat yang kesat dan menyatakan ingin menampar muka Najib.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya gunakan di waktu saya merasa amat marah!

“Ya saya tidak mahu menjadi orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai langsung sumbangan beliau kepada negara.

IKLAN

“Untuk berlaku adil, beliau adalah ahli politik dan mesti berhadapan dengan semua ini secara terbuka dan budiman.

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as I have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!,” katanya.

Walaubagaimanapun, Najib turut tidak mengetahui kenapa Chef Wan mahu menamparnya yang turut dikongsi melalui Facebooknya.

“Ada seorang itu tak tahu mengapa, tiba-tiba berang cakap pasal saya di Cameron Highlands, nak tampar saya. Saya baca, tutup, keluar minum kopi di Podium. Tengok. Saya ok, steady saja. katanya.

Tambah Najib lagi, peneroka tahu apa yang beliau dan Allahyarham Tun Razak telah lakukan bagi memajukan industri sawit.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas