Kini, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri turut menyeru dan mengajak rakyat untuk berhimpun bersama-sama dan berharap agar ia dapat dilakukan secara aman 8 Disember ini.
Himpunan tersebut dilihat wajar diberikan sokongan oleh semua pihak dalam menunjukkan kesatuan dan kesungguhan rakyat mempertahankan Perlembagaan negara.
“Perhimpunan aman pada 8 Disember ini dianjurkan Sekretariat Kedaulatan Negara ini wajar diberi sokongan tak berbelah bahagi.
“Ini hak kita untuk berhimpun dalam menunjukkan kesatuan kita, kesungguhan kita, betapa kedaulatan perlembagaan tak usahlah dicabar,” katanya dalam Facebook miliknya, hari ini.
“Saya harap perhimpunan aman ini bertunjangkan kepada keharmonian dan aman serta sentiasa patuh kepada undang-undang dan usahlah kita terikut perasaan dalam kita memperdengarkan suara kita.
“Tunjukkan kepada mereka, kita adalah kumpulan berhemah dan kukuh dalam menyatakan kesatuan kita. Berhimpunlah secara aman, berhemah namun terpahat sebagai satu perhimpunan ummah yang gemilang,” katanya lagi.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.