Connect with us

Oh! Media

Naim Daniel Sumbang Bantuan Makanan Kepada Yang Terkesan

Umum

Naim Daniel Sumbang Bantuan Makanan Kepada Yang Terkesan

Pemenang AJL 34, Naim Daniel, menyediakan bantuan makanan atau ‘food bank’ kepada golongan yang memerlukan di Petronas Taman Pelangi, Semenyih.

ADVERTISEMENT

Naim berkata, usaha yang dilakukannya itu adalah untuk membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat yang terputus bekalan makanan disebabkan oleh PKP ini.

Melalui satu posting yang dibuat oleh Naim di laman Instagramnya berkata, dia mengajak orang yang terkesan dan betul-betul terdesak untuk mengambil bantuan yang disediakan tanpa berasa segan atau malu.

“‘Food bank’ yang saya sediakan semalam agak mengejut juga saya buat. Sebab saya berasa terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Apabila baca berita macam-macam yang berlaku. Jadi, saya pun terpanggil untuk diri sendiri cuba membantu apa terdaya

“Itu yang semalam cuba beli barangan keperluan bagi kelangsungan hidup orang lain. Saya ke Petronas Taman Pelangi, Semenyih berjumpa pemilik stesen minyak dan minta izin jika saya boleh buat ‘food bank’ di situ. Apabila dibenarkan saya terus ke pasaraya berdekatan untuk membeli barangan harian dan asas. Antaranya lampin pakai buang, beras, sardin, gula, minyak, tepung, garam, biskut dan banyak lagi.

“Alhamdulillah, semua orang dan terutama di Instagram saya memberikan kerjasama. Ada juga berikan cadangan beli barang apa. Malah, ada juga nak menderma, tapi saya tak boleh nak buka begitu saja sebab takut tak boleh nak uruskan. Lagi pula saya seorang diri. Jadi, saya cuba bantu apa terdaya untuk mereka yang tak bernasib baik, kita cuba,” katanya.

Naim juga berkata, inisiatif ‘food bank’ daripadanya ini akan diteruskan pada hari rabu.

“Alhamdulillah, anggaran ‘food bank’ yang diedarkan semalam 13 pek. Tak banyak sebab satu faktor kenderaan dan kedua baru pertama kali buat, jadi saya nak tengok keadaan macam mana. Semalam pun ramai datang dan ada juga tak sempat ambil, tapi dapat ambil mana yang ada saja.

“Insya Allah, ‘food bank’ kedua pada Rabu ini. Cuma, lokasi masih belum ditetapkan. Tengok mana yang mudah dan menyenangkan. Insya Allah kita akan perbaiki sistem ‘food bank’ dari semasa ke semasa jika ada ruang dan waktu,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas