Connect with us

Oh! Media

Ini Jualan Gudang Besar-Besaran Paling Ditunggu Kaum Wanita!

Branded

Ini Jualan Gudang Besar-Besaran Paling Ditunggu Kaum Wanita!

Orang perempuan sememangnya sangat sinonim dengan produk kecantikan dan alat solekan ni sejak dari dulu lagi dan boleh dikatakan confirm ianya akan kekal sama macam tu juga sampai bila-bila. Apa yang membezakan, bukan semua mampu untuk beli barang kecantikan dan alat solekan jenama kegemaran mereka dengan keadaan ekonomi semasa yang agak merisaukan sekarang ni.

Tentunya ramai tercari-cari kat mana mereka boleh dapatkan produk kecantikan dan alat solek berjenama kegemaran yang di dalam kemampuan mereka. Mujur masih ada pihak yang nak menganjurkan jualan sebegini untuk memberi penjimatan terbaik kepada semua adik dan kakak kat luar sana untuk terus kelihatan cantik dan menawan dari dalaman sampai keluaran.

Tapi Kat Mana Nak Cari Warehouse Sale Ni Ye?

Kalau sebut pasal warehouse sale untuk produk kecantikan dan barang solekan ni, orang perempuanlah akan excited lain macam  sebab diorang tahu boleh borong segala barang kecantikan dan alat solek kegemaran mereka banyak-banyak pada harga yang sangat berpatutan. Ada yang perlukan untuk kerjaya MUA mereka, ada yang untuk buat video selekan di Youtube yang secara tak langsung dapat pendapatan dari situ, ada yang beli untuk jual secara online dan ramai juga yang memerlukan semua ni untuk kegunaan sendiri setiap hari.

My Beauty & Cosmetic Warehouse Sale!

Jangan tak tahu yang MY Beauty & Cosmetic Warehouse Sale akan berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2019 ini nanti (hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad) bertempat di Level P2, Jaya One (berhampiran dengan Cold Storage & Pejabat Pos Jaya One). Menariknya nanti di sini bukan sahaja ada ada jual barangan kecantikan dan alat solek, tapi tudung dan bag pun ada girls!!

Acara jualan besar-besaran pelbagai jenama popular ini nanti akan bermula dari 10 pagi hingga 10 malam untuk tiga hari berturut-turut dengan harga jualan bermula dari RM8 sahaja dan korang boleh enjoy diskaun sehingga 80% kat sana nanti. Dari apa yang kami tahu, akan ada surprise hadiah istimewa untuk 400 pengunjung pertama nanti. Hurm, pastikan korang jadi 400 orang yang terawal tu ye?

My Beauty & Cosmetic Warehouse Sale
Tempat: Level P2, Jaya One Petaling Jaya
Tarikh: 3 hingga 5 Mei 2019 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad)
Masa: 11 pagi – 9 malam

Menampilkan Barisan Jenama Popular

Terdapat banyak pilihan minyak wangi dan kosmetik berjenama seperti Issey Miyake, D&G, Anna Sui, Guerlain, Elizabeth Arden, Davidoff, Elie Saab, Narciso Rodriguez, Sleek, Peter Thomas Roth, Laduree, dan Yves Rocher. Selain itu terdapat juga produk kosmetik dari Clinelle, L’OREAL, Garnier, Maybelline, Revlon, Shills, dan banyak lagi. Apa yang pasti jualan gudang ni nanti hanya menjual produk original sahaja.

Kalau korang tanya Ohmedia, rasanya inilah masa paling sesuai untuk korang dapatkan pelbagai produk ni sempena hari ibu dan juga persediaan sendiri untuk hari raya nanti. Apa lagi boleh kongsikan artikel atau info ni pada kawan-kawan korang sebab kata orang nak cantik tu janganlah cantik sorang-sorang je, ajaklah kawan sekali 😛

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas