Connect with us

Oh! Media

Mungkinkah Anda Penghidap Kanser Tanpa Anda Ketahui?

Branded

Mungkinkah Anda Penghidap Kanser Tanpa Anda Ketahui?

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang berdepan dengan risiko kanser pada setiap hari. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.


Apa itu kanser?

Kanser berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Kanser Boleh Menyerang Sesiapa Sahaja

Tidak kira berapa umur kita, apa kewarganegaraan kita, apa jantina kita, atau apapun status kita, tidak sesekali kita terkecuali dari terkena jangkitan kanser. Biarpun pada usia muda masih nampak sihat dan cergas, tidak mustahil tanpa pengetahuan kita kanser kini telah mula aktif di dalam badan.

Kanser Boleh Merebak ke Bahagian Anggota Badan Lain

Peredaran darah di dalam badan kita membolehkan sel-sel kanser mula merebak ke bahagian badan yang lain. Ini menyebabkan sel kanser mula berjangkit ke bahagian badan yang lain pula yang membuatkan keadaan pesakit bertambah derita.



Bagaimana Kanser Membiak?

Kehidupan kita yang berkaitan keturusan, persekitaran, dan cara hidup menyumbang kepada faktor terbesar bagaimana kita menjadi salah seorang yang derita kerana kanser ini. Cara hidup seperti merokok, dan tidak menjaga permakanan lebih mendekatkan diri kepada kanser. Begitu juga dengan persekitaran yang bergelumang dengan bahan kimia dan sebagainya menjadikan sel kanser lebih aktif untuk membiak.

Apakah Makna Kanser Kepada Anda?

Semua tahu bahawa kanser adalah penyakit yang sangat menakutkan. Tidakkah kita berasa takut dengannya? Adakah kita mampu menanggung penderitaan? Adakah kita sudah bersedia untuk mati? Kos rawatan yang tinggi juga perlu sentiasa diingat. Ini sebab mengapa mencegah lebih baik dari mengubati.

Dapatkan rawatan awal sebelum terlambat. Lakukan pemeriksaan kesihatan lebih awal untuk mengesan kehadiran kanser juga ubah cara hidup kepada lebih sihat.

Bagaimana Berdepan Dengan Pesakit Kanser?

Jika kita mempunyai keluarga atau kenalan yang mengidap penyakit kanser, cuba jadi lebih
memahami mereka sebaik mungkin. Berikan pesakit dan juga keluarga pesakit semangat dan sokongan untuk mereka berdepan dengan lebih tabah.

Akan Tetapi Tahukah Anda Kanser Boleh Diubati?

Pesakit yang baru mendapat tahu diri mereka menghidap kanser biasanya akan berputus-asa dan merasakan diri mereka tiada lagi harapan untuk hidup. Ketahuilah bahawa perubatan dan kesedaran awal mampu untuk mengubati penyakit kanser tersebut.
Terdapat pelbagai kaedah merawat kanser yang kini digunakan seperti pembedahan, Kemoterapi, Radioterapi, Terapi Sasaran, dan juga Imunoterapi.

Sempena Hari Kanser Sedunia, Hospital KPJ menganjurkan kempen kesedaran kanser sepanjang bulan April hingga Jun 2017 ini. Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membuat pemeriksaan “cancer-screening” yang disediakan oleh pihak Hospital KPJ. Info lanjut di www.kpjhealthcancer.com

Apa itu Cancer-Screening?



Ianya adalah salah-satu cara untuk mengesan sebarang kemungkinan diri anda mempunyai tanda awal untuk mendapat kanser juga untuk mengesan sebarang faktor dan risiko yang boleh menyebabkan diri anda menjadi penghidap kanser.


Mengapa cancer-screening ini penting? 


Ini kerana ianya mampu menyelamatkan nyawa anda dari menjadi mangsa kanser yang seterusnya. Sebagai contoh mengesan kanser payudara melalui Mammogram pada seawal tempoh 2 tahun sebelum anda boleh rasai kewujudan kanser payudara tersebut. Ini menjadikan proses rawatan lebih mudah untuk dijalankan pada peringkat awal.

Jadi mungkin juga anda salah seorang yang mungkin telah menjadi mangsa kanser tanpa anda sedari? Timbulkan kesedaran lebih awal dan lakukan pemeriksaan kanser segera demi kebaikan diri anda sendiri.

Klik di sini untuk mendapatkan info lanjut berkenaan Cancer-Screening melalui KPJ.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas