Connect with us

Oh! Media

Munafik 2 Menang Saman RM100,000 Terhadap Individu Sebar Filem

Umum

Munafik 2 Menang Saman RM100,000 Terhadap Individu Sebar Filem

Skop Produktion menang saman terhadap individu yang memuat naik dan menyebarkan filem Munafik 2 dalam media sosial, Datuk Yusof Haslam menjelaskan tindakan syarikat mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan bukanlah atas niat menganiaya orang.

ADVERTISEMENT

“Saya bukan mahu aniaya sesiapa tetapi tindakan individu terbabit seolah-oleh mencabar saya dan Syamsul.

“Niatnya mahu mensabotaj filem Munafik 2… Bukan saya dan Syamsul tidak beri amaran, malah kakitangan syarikat pun sudah banyak kali menasihati agar dia padam (filem Munafik 2) dalam laman sosial tetapi tidak diendah.

“Sebaliknya, individu terbabit muat naik filem itu di tempat lain hingga tersebar ke Indonesia. Jadi, saya fikir, kita kena bertindak kali ini,” kata Datuk Yusof.

Yusof berkongsi butiran prosiding di Mahkamah Tinggi Taiping, pagi tadi, apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Asmadi Hussin mengarahkan defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah membayar sebanyak RM100,000 kepada plaintif iaitu Yusof dan anaknya, Syamsul.

“Ada penerbit yang mengalami kerugian teruk, tetapi kami maafkan.

“Perlu dijelaskan, tindakan saya adalah sebagai peringatan terhadap netizen agar menghormati undang-undang, bukannya mencabar.

“Saya ambil tindakan ini bukan untuk syarikat produksi saya, sebaliknya mewakili industri perfileman negara,” tambahnya lagi.

Oh Media: Jadi diharapkan semua pihak dapat membuka mata dengan lebih luas berikutan masalah ini. Berfikir dahulu sebelum berkongsi sesuatu.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas