Oh! Lifestyle
Mun Yee Menjalani Latihan Kecergasan Di Rumah

Situasi yang menimpa negara kini pasti memberi tamparan buat semua atlet sukan yang tidak boleh turun menjalani latihan seperti biasa. Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi penghalang untuk atlet terjun negara, Leong Mun Yee meneruskan latihan seperti biasa di rumah untuk mengekalkan tahap kercergasan beliau.
Mun Yee mengakui rehat selama 2 minggu pasti akan memberi impak dari segi gaya terjunan kerana tidak dapat berlatih seperti biasa di kolam renang. Oleh yang demikian, Mun yee berharap penularan wabak di negara kita akan beransur pulih secepat mungkin serta mengingatkan orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.


