Connect with us

Oh! Media

Mujahid Ajak Bersama-sama ke Perhimpunan Solidariti Kedamaian Sabtu Ini

Umum

Mujahid Ajak Bersama-sama ke Perhimpunan Solidariti Kedamaian Sabtu Ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid hari ini mengumumkan perhimpunan solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian berikutan serangan pengganas di New Zealand akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka.

ADVERTISEMENT

“Susulan kejadian serangan di New Zealand itu, sudah tiba masanya kita mempromosikan dan memastikan kedamaian sebagai jalan yang terbaik dan bukannya kebencian dibalas dengan kebencian,” katanya.

Program berkenaan dijangka akan bermula pada seawal 7.30 pagi dan Mujahid turut berkata program ini ada peluang terbaik untuk masyarakat berbilang kaum dan agama berjumpa serta besama menentang keganasan dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian.

“Ini perhimpunan masyarakat yang mahukan kedamaian dan menolak membalas dendam dan menghasut masyarakatnya membenci kaum lain.

“Program itu diisi dengan program seperti ceramah mempromosi budaya murni ‘jangan balas kebencian dengan kebencian’,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas