Connect with us

Oh! Media

Mufti Wilayah Tegur Drama Isteri Untuk Disewa

Umum

Mufti Wilayah Tegur Drama Isteri Untuk Disewa

Drama terbaru di Astro Ria dan Ria HD yang bertajuk Isteri Untuk Disewa gandingan hebat pelakon Fattah Amin dan Tiz Zaqyah telah mendapat perhatian Mufti Wilaya Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

ADVERTISEMENT

Zulkifli menegaskan bahawa tajuk drama ini; Isteri Untuk Disewa jika difahami secara zahir merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan zahir nas al-Qur’an dan Sunnah. Begitu juga dengan moraliti kehidupan manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam.

“Tanpa menafikan kebebasan berkarya dalam budaya penggiat seni, kami merasakan bahawa tajuk berkenaan adalah kurang sesuai.

“Alasan kami jelas, isteri bukan untuk disewa. Isteri adalah akad yang sahih dan diperintahkan untuk bergaul dengan baik sebagaimana yang tertera dalam Surah al-Nisa’ ayat 19.

“Penamaan tajuk yang provokatif dikhuatiri akan menjadi trend dalam penggiat seni sekiranya tidak diberikan penerangan jelas daripada hukum syarak, mengenai implikasinya dalam masyarakat,” tulisnya.

Mengenai implikasi hukum pula, tambah Zulkifli, dalam Islam, isteri tidak boleh dikontrakkan sama ada dalam tempoh jam, hari, minggu atau bulan. Meminjam isteri bukanlah amalan dalam Islam, begitu juga menyewa isteri.

“Isteri adalah amanah ALLAH kepada suami untuk dimuliakan, dikasihi, disayangi dan diberi hak-haknya seperti termaktub dalam nas al-Qur’an, hadith dan pandangan fuqaha’.

“Kami yakin, tidak ada sekelumit niat dalam hati penulis novel dan pengarah tersebut untuk membuat sesuatu yang d iluar kerangka Islam namun, sewaan isteri jelas sekali adalah sejuzuk daripada cabang mut’ah yang tidak dibenarkan dalam kalangan fuqaha’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan diharamkan dalam Islam,” katanya lagi.

Untuk pengisian penuh penulisan Mufti, boleh terus ke muftiwp.gov.my.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas