Connect with us

Oh! Media

Mourinho Tersenyum Tinggalkan Man Utd Dengan Bekalan RM119 Juta

Jose mourinho manchester united 2018 19 f3vjxuxkhgni1hh3wykuze1ifjpg

Umum

Mourinho Tersenyum Tinggalkan Man Utd Dengan Bekalan RM119 Juta

Pengendali Manchester United, Mourinho dilaporkan menerima pampasan berjumlah £22.5 juta (RM119 juta) daripada kelab gergasi Inggeris tersebut, yang mempamerkan corak membosankan dibawah kendalian beliau.

Mourinho dipecat Manchester United dan sempat dirakam lensa kamera sedang tersenyum ketika meninggalkan padang latihan Red Devils di Carrington.

Tahun lalu, Chelsea membayar Jose Mourinho dan kakitangannya sebanyak £8.3 juta (RM45.1 juta) susulan pemecatannya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang dibayar kepada pengendali dari Portugal dan penolongnya sebanyak £31.4 juta pound (RM170.69 juta) sejak 2007.

IKLAN

Mourinho dipecat oleh pemilik The Blues, Roman Abramovich pada Disember 2015 selepas pasukannya hampir terjerumus ke zon penyongkiran Liga Perdana Inggeris, hanya beberapa bulan selepas muncul juara liga.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas