Connect with us

Oh! Media

‘Motosikal’ Panjat Pokok? Betul Ke Ni?!

Umum

‘Motosikal’ Panjat Pokok? Betul Ke Ni?!

Pelik, tapi benar! Seeorang petani di India ini mempunyai cara yang lebih inovatif dan berteknologi tinggi untuk melaksanakan tugas memanjat pokok pinang yang kebiasaanya dilakukan oleh seekor beruk, iaitu menaiki sebuah ‘motosikal’. Dalam sebuah video yang tular di media sosial, petani itu dilihat menggunakan peralatan ciptaanya itu untuk memanjat sebatang pokok pinang.
Ganapathi Bhat, 49, dari kampung Komale berhampiran Bantwal ini telah cuba membina peralatan itu sejak 10 tahun lalu, namun tidak berjaya.
Setelah tujuh bulan berlalu, dia kembali membuat kajian tentang konsep inovasinya itu dan berjaya menyiapkan projek berkenaan pada Mei, menggunakan komponen motosikal biasa seperti klac, pemecut, double brakes, penyerap kejutan dan enjin petrol 2.1 kuasa kuda.

ADVERTISEMENT


“Kali pertama saya panjat menggunakan ‘motosikal’ itu, saya meminta anak saya bersedia untuk memanggil ambulans. Saya menggunakan komponen berkualiti tinggi. Tetapi jika terdapat kegagalan mekanikal, ia akan berhenti di pertengahan jalan. Hanya tekan klac dan ia akan meluncur perlahan-lahan ke bawah,” kata Bhat kepada portal Daily Mail. Latar belakang itu membantu saya untuk memikirkan idea-idea seperti ini. Motosikal’ ini diharapkan dapat membantu industri pertanian yang menghadapi masalah kekurangan buruh yang teruk,” tambahnya.

Dipetik dari Awan, peralatan itu terbukti selamat dan Bhat telah memanjat 150 pokok sebelum melakukan demonstrasi kepada petani tempatan. Bhat mengeluarkan belanja kira-kira 9,000 pound sterling (RM47,235) untuk membina ‘motosikal’ itu, dan bercadang menjualnya pada harga 848 pound sterling (RM4,450) seunit. Bhat merupakan bekas graduan sains dan pernah bertugas sebagai juruteknik.
Sumber : Awani

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas