Connect with us

Oh! Media

Perhatikan Harga Di Menu Dengan Harga Yang Akan Dikira Bila Di Kedai Mamak

Umum

Perhatikan Harga Di Menu Dengan Harga Yang Akan Dikira Bila Di Kedai Mamak

Makan di restoran mamak ni memang menyeronokkan di mana dapat kita lihat hebatnya rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa duduk bersama dengan penuh muhibah. Nak pula biasanya 24 jam dan Mamak merupakan restoran yang paling masuk akal harganya kalau nak cari mana-mana restoran 24 jam yang lain. Tapi dari pengalaman Oh! Media sendiri, kalau mamak tu kira makanan kita dalam hati, suruh dia kira semula dengan sebut harga kuat-kuat. Biasanya harga pertama dan kedua yang dia kira semula depan kita tadi tu akan berbeza.

ADVERTISEMENT

Dalam kes pengadu ni pula, kira kena naya la ni. Dalam menu tulis Bihun Goreng Ayam berharga RM7.50 tapi bila bayar rupanya dia kira harga Bihun Goreng RM4.80 dan Ayam Goreng pula harga RM4.50 secara berasingan. Jadi keseluruhan dah jadi RM9.30 beza RM1.80.

Berikut aduan yang diterima;

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya cuma ingin berkongsi cerita ada 1 kedai mamak (RESTORAN KHULAFA SIGNATURE) boleh dikatakan baru di buka jugalah di belakang bank Islam seksyen 14 shah alam. Belakang cimb bank (baru berpindah) dan twenty & co. Saya order bihun goreng ayam yang ada kat dalam list makanan pihak kedai yang berharga RM7.50.

Lepas makan, nak bayar Saya tergerak hati nak minta resit. Tengok2 dia charge harga bihun goreng RM4.80 Dan ayam goreng RM4.50. Bergaduh jugalah dengan pekerja India yang bukan berasal Dari Malaysia. Saya memang rasa tak berpuas hati sangat2 sampai 1 kedai melihat keadaan saya yang sedang marah masa tu sebab saya cakap mana boleh buat macam ni.

India tersebut membalas “dalam sistem dah memang set macam itu”. Bukan nak cakap saya ni kaki pukul ke apa. Cuma saya tanak warga2 shah alam yang makan kat kedai mamak mana2 tertipu dengan taktik pekerja tersebut. Cuma sekadar berkongsi pemgalaman dan untuk bagi warga shah alam yang ada dalam ni berhati2.

Perkara sebegini mungkin juga berlaku kepada anda cumanya anda ambil kisah atau tidak. Ini boleh dikatakan satu penipuan di mana harga yang dipaparkan pada menu tidak sama dengan harga yang perlu dibayar. Kalau 1000 orang tak ambil kisah hal-hal begini, seronok mereka untuk terus menipu dan bertambah kaya lagi.

Ketahui hak anda sebagai pengguna. Tahniah kepada pengadu kerana berani menegakkan prinsip anda!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas