Connect with us

Oh! Media

Misteri Kehilangan Haziq Akhirnya Terjawab – Disahkan Telah Meninggal Dunia

Mohd haziq 2003asawa 1553097075jpg

Umum

Misteri Kehilangan Haziq Akhirnya Terjawab – Disahkan Telah Meninggal Dunia

Misteri kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu terungkai apabila remaja itu disahkan maut.

“Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan ke sana (New Zealand), esok. Beliau akan mewakili Kerajaan Malaysia untuk urusan solat jenazah dan khutbah Jumaat di Christchurch.

“Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai masa dan lokasi penemuan mayat Mohd Haziq akan dimaklumkan selepas maklumat lanjut mengenainya diterima nanti,” katanya di sini, malam tadi.

IKLAN

Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.

Semalam, polis New Zealand dalam kenyataan di Facebook berkata, setakat ini 12 mangsa terbunuh sudah dikenal pasti.

“Kita sedar kekecewaan keluarga mangsa berhubung tempoh panjang dalam proses pengesahan identiti mangsa serangan Jumaat lalu, namun kami berusaha mempercepatkan proses.

“Mungkin proses mengenal pasti mangsa kelihatan mudah, namun ia lebih kompleks, terutama membabitkan situasi seperti ini,” kata kenyataan itu.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas