Connect with us

Oh! Media

Misbun Terkejut Lee Zii Jia Mampu Cipta Kejutan

File6z3fhio1gko1m8k68b99jpg

Umum

Misbun Terkejut Lee Zii Jia Mampu Cipta Kejutan

Datuk Misbun Sidek, Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara tidak menjangka Lee Zii Jia mampu melakar kejutan meraih gelaran Terbuka Taiwan dengan menewaskan pemain dari Jepun.

Lee Zii Jia, 20 sebelum ini direhatkan kerana kecederaan belakang. Kemunculannya kali ini sekaligus mencipta kebangkitan bergaya dengan menewaskan Ruuchi Tekeshita dari Jepun 21-17, 16-21, 21-11.

Misbun berkata dia sangat terkejut kerana sebelum ini prestasi Lee Zii Jia tidak begitu konsisten.

IKLAN

“Sebelum ini dia tidak begitu konsisten. Dia masih mencari rentak permainannya dan berasa tidak pasti apabila bertemu pemain utama dunia.

“Menyaksikan perlawanannya di Taiwan, apa yang boleh saya katakan dia sudah menemui rentak. Zii Jia mempunyai potensi besar.

“Saya berharap dia terus merendah diri selepas kemenangan ini dan memperbaiki segala kelemahan.

“Secara peribadi saya rasa dia ada melakukan kesilapan mudah. Kini selepas dia menang, pemain lain akan mengkaji corak permainannya dan akan cuba menggunakannya apabila bertemunya lagi pada masa depan.

Zii Jia juga dilihat menduduku kedudukan ke-60 dunia sekarang dan akan meneruskan aksinya di terbuka Macau.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas