Connect with us

Oh! Media

Mimi Lana Tidak Kisah Berganding Dengan Syafiq Kyle Selepas Ini

Ohmedia mimijpg

Oh! Artis

Mimi Lana Tidak Kisah Berganding Dengan Syafiq Kyle Selepas Ini

Semalam Ohmedia baru jer cerita mengenai hubungan pelakon, Mimi Lana dan Syafiq Kyle berakhir selepas 5 tahun bercinta kerana mereka tiada lagi persefahaman dan perpisahan mereka adalah bukannya soal populariti ataupun gangguan orang ketiga.

Menurut laporan Astro Gempak, Mimi tidak akan menolak sekiranya selepas ini dia digandingkan dengan pelakon tersebut dalam projek drama, filem atau projek-projek lain kerana masing-masing sudah cukup matang untuk membezakan soal peribadi dan juga kerja.

Saya dan Syafiq tidak bermusuhan…Kalau selepas ini berjumpa di majlis-majlis hiburan kat luar sana pun tak ada masalah, kita profesional. Saya juga tidak menolak sekiranya selepas ini digandingkan dengan Syafiq dalam projek drama, filem atau projek-projek lain. Bagi saya, masing-masing sudah cukup matang untuk membezakan soal peribadi dan kerja. Memang betul saya yang putuskan hubungan kami walaupun sedih untuk melakukan demikian. Bohong kalau tidak rasa apa-apa selepas lima tahun menjalin cinta. Banyak kenangan kami, suka dan duka dilalui bersama…Tetapi nak buat macam mana tak ada jodoh dan hidup mesti diteruskan. Sekarang ni dah solo, saya nak fokus pada kerjaya dan keluarga saya dulu. Lebih senang saya nak rancang kerjaya seni saya lepas ni.

Ohmedia suka betul bila tengok diorang ni berlakon bersama terutamanya dalam filem Pusaka. Tak apalah, Mimi. Dah tak ada jodoh kan? Semoga korang berdua terus sukses dalam industri hiburan!

IKLAN

OHMEDIA: TERBAIKLAH DIORANG NI BERSIKAP PROFESIONAL.

Kredit: Astro Gempak | Berita Harian

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas