Connect with us

Oh! Media

Merantau Ke KL Cari Kerja, Namun Berita Sedih Yang Diterima Dari Kampung!

Umum

Merantau Ke KL Cari Kerja, Namun Berita Sedih Yang Diterima Dari Kampung!

Sumber gambar dari @KecaharaSoupK

Pernah tak terbayang kalau korang dapat mesej macam kat atas ni? dan korang baru tahu khabar ini beberapa hari lepas? Ini yang dialami oleh seorang lelaki bernama Faizal yang baru mengetahui khabar pemergian ibunya dikampung kelmarin setelah merantau ke KL untuk mencari pekerjaan.

ADVERTISEMENT

Ini cerita ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @KecharaSoupK dalam akaun Twitter milik beliau. Menurut cerita beliau, Faizal telah datang ke KL untuk mencari kerja lebih kurang 3 minggu lalu. Faizal terpaksa tidur dikaki lima selepas duitnya habis digunakan untuk mencari kerja. Telefon bimbit yang dibawa tidak selalu aktif kerana tiada tempat untuknya caj bateri telefon. Namun dia berjaya caj bateri telefon akhirnya.


Setelah dihidupkan, dia mendapat banyak missed call dan mesej, salah satu mesej yang diterimanya adalah mesej adik lelakinya yang mengkhabarkan bahawa ibu mereka telah tiada. Pada masa yang sama Faizal juga tidak punya duit untuk pulang ke kampungnya di Muar untuk menjenguk pusara ibunya. Menurut cerita pengguna Twitter ini, Faizal telah menemui pihaknya untuk meminta bantuan. Faizal kemudiannya dibelikan tiket bas untuk pulang kekampung.


Kepada Faizal, Ohmedia harapkan semoga Faizal tabah dengan dugaan yang diterima dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Percayalah semua yang berlaku ada hikmahnya. Salam Takziah buat Faizal dan keluarga, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber: Pengguna Twitter @KecharaSoupK


+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas