Connect with us

Oh! Media

Menteri Media Putera Mahkota Saudi Nafi Minat Miliki United

Umum

Menteri Media Putera Mahkota Saudi Nafi Minat Miliki United

Sebelum ini, ada laporan menyatakan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman berminat dan telah menaikkan bidaan untuk membeli kelab gergasi Manchester United. Namun, menteri media Putera Mahkota Arab Saudi, Turki Al-Shabanah telah tampil menafikan perkara itu.

ADVERTISEMENT

Al-Shabanah melalui laman twitternya berkata laporan yang menyatakan putera mahkota mahu membeli kelab berkenaan sebagai ‘tidak betul sama sekali’.

“Manchester United mengadakan mesyuarat dengan PIF Saudi untuk membincangkan satu peluang tajaan,” katanya selain menambah tiada sebarang permeteraian dilakukan pada perbincangan berkenaan.

Semalam akhbar British,The Sun berkata, Putera Mahkota Arab Saudi itu sedang dalam rundingan untuk mengambilalih salah sebuah kelab paling popular itu dengan nilai 3.8 billion pound (RM20.03 billion).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas