Connect with us

Oh! Media

Menteri Besar Terengganu Yakin Dapat Laksanakan Lebih 70 Peratus Manifesto

Umum

Menteri Besar Terengganu Yakin Dapat Laksanakan Lebih 70 Peratus Manifesto

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan lebih 70 peratus daripada 20 manifesto yang dijanjikan Pas pada PRU14 lalu akan ditunaikan dalam Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan 25 November ini.

ADVERTISEMENT

“Saya boleh beri jaminan daripada 20 perkara yang dijanjikan hanya empat yang belum dapat dilaksanakan dalam bajet kali ini (2019).

“Mungkin kita akan bawa ke tahun akan datang kerana (ada beberapa manifesto) libatkan kajian dan cara pelaksanaan.

“Jadi kita cuba tahun yang pertama iaitu 2019 ini untuk laksanakan lebih 70 peratus yang dijanjikan,” katanya.

Menurut Ahmad Samsuri, dengan memfokuskan bajet seimbang, beliau yakin apa akan dibentangkan nanti dapat memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat Terengganu.

Sementara itu, antara 20 manifesto yang dijanjikan Pas itu terdiri daripada satu lot tapak bagi setiap rakyat, pemberian geran kekal, wad kelas 3 percuma, peruntukan RM300 lesen motosikal, kahwin percuma kali pertama, 20,000 peluang pekerjaan, air percuma untuk golongan miskin dan sebagainya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas