Connect with us

Oh! Media

Mengaku Bersalah Curi Motosikal, Calon UPSR Di Dakwa!

Umum

Mengaku Bersalah Curi Motosikal, Calon UPSR Di Dakwa!

Ketika rakan sebaya sedang giat melakukan persediaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tidak bagi seorang calon ini, apabila dia dihadapkan kemahkamah dan mengaku bersalah mencuri sebuah motorsikal pada Jun lalu. Pengakuan itu dibuat ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan tertuduh yang telah melakukan kesalahan mencuri sebuah motorsikal jenis Modenas Kriss yang bernilai RM1,000. erbuatan itu dilakukan pada 25 hingga 26 Jun lalu sekitar jam 7.30 malam hingga 6.30 pagi di bawah garaj hadapan Blok E Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000. Hakim kemudian menetapkan 24 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.
Sumber: Awani

+Baca respon pembaca di Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas