Connect with us

Oh! Media

Mendakwa Pelajar Palestin Membaling Batu, Israel Arah Tutup Sekolah

480779760jpg

Umum

Mendakwa Pelajar Palestin Membaling Batu, Israel Arah Tutup Sekolah

Pertempuran semalam tercetus apabila sekumpulan pelajar dan pemimpin tempatan cuba memasuki sebuah sekolah di bandar Sawiyah, utara Nablus yang diarahkan tutup oleh tentera rejim.

ertempuran berlaku antara penunjuk perasaan Palestin dan tentera Israel selepas rejim Tel Aviv mengarahkan penutupan sebuah sekolah di Tebing Barat.

Tentera rejim mendakwa, penutupan sekolah itu yang terletak di sebuah jalan utama di Tebing Barat dibuat kerana tindakan pelajar membaling batu ke arah tentera dan penduduk Israel yang menggunakan jalan itu.

IKLAN

“Kami menentang keputusan ini, kanak- kanak berhak mendapat pendidikan, mereka berhak pergi ke sekolah sepertimana kanak-kanak di negara lain,” kata seorang pemimpin tempatan, Samer Ewass.

Persatuan Palang Merah Palestin berkata, sekurang-kurangnya empat orang terkena tembakan peluru getah, manakala beberapa penunjuk perasaan terkena gas pemedih mata yang dilepaskan tentera rejim.

Sebelum ini, berpuluh pelajar Palestin cedera setelah tentera dan penduduk Israel yang bersenjata menyerbu sebuah sekolah di Tebing Barat pada 11 Oktober lalu.

Sumber: Sinar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas