Connect with us

Melaka Bakal Ikut Jejak Langkah Kelantan Laksanakan Hudud?

Umum

Melaka Bakal Ikut Jejak Langkah Kelantan Laksanakan Hudud?

Melaka tidak mustahil mengikuti Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud sekiranya penduduk Islam di negeri itu melebih 92 peratus.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, bagaimanapun Melaka hanya mempunyai kira-kira 59 peratus penduduk Islam dan selebihnya bukan Islam sekali gus perlu melihat kepada majoriti agama agar sistem perundangan negeri itu bersistematik.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik dan mengalu- alukan hudud di Kelantan dan yakin rata-rata rakyat negeri itu ingin melihat undangundang berkenaan dapat dilaksanakan.

Katanya, dengan perlaksanaan hudud akan menambah baik lagi sistem undang- undang syariah negara.

“Syabas Kerajaan Negeri Kelantan biarpun ia dibentangkan selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz yang begitu inginkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Ini manifestasi kerajaan Kelantan dan udang-undang ALLAH iaitu undang-undang Pencipta dan manusia yang melaksanakannya, hanya untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Idris berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Merlimau Sentral sempena lawatan kerja ke Dun Merlimau di Tapak Kompleks Merlimau Sentral, semalam.

Tambahnya, di Melaka tunggu dan lihat untuk hudud dilaksanakan.

“Kita lebih melihat yang baik untuk orang Islam. Di Melaka tunggu dan lihat,” katanya. – Sinar Harian

OHMEDIA: Semoga banyak lagi negeri lain sama-sama bersatu laksanakan Hudud.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top