Connect with us

Oh! Media

McGregor Tak Puas Hati Khabib Naik Jadi Petarung Terhebat UFC

Ohmedia khabibpng

Umum

McGregor Tak Puas Hati Khabib Naik Jadi Petarung Terhebat UFC

Mesti Conor McGregor rasa tercabar gila bila Dana White keluarkan kenyataan macam ni kan? Ohmedia maksudkan bila Dana White yang merupakan pemilik UFC telah mengeluarkan kenyataan dengan meminta MrGregor untuk sedar diri. Kenapa pula White kata macam tu?

Ini berikutan White melihat yang McGregor sudah tidak sehebat seperti dahulu sehingga dinobatkan sebagai petarung UFC paling hebat. McGregor juga bertambah tidak puas hati apabila White juga menyatakan bahawa sekarang adalah masa Khabib Nurmagomedov berikutan aksinya yang semakin menyakinkan.

Dana White sebelum ini telah menolak permintaan McGregor untuk melakukan pertarungan ulangan dan turut menolak permintaannya untuk bertarung bersama Frankie Edgar. McGregor sangat bengang kerana layanan yang diberikan oleh White kepada beliau.

IKLAN

Khabib adalah orang yang paling utama sekarang ini. Bukan lagi Conor. Jadi Khabib boleh duduk dan menantikan cabaran (besar) yang akan tiba, jelas Dana White.

Untuk info lain, Khabib selepas ini akan dijadualkan untuk bertarung bersama Tony Ferguson. Khabib juga ada menyatakan bahawa Tony adalah individu lebih layak berbanding Conor.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas