Connect with us

Oh! Media

Masih Ada Perokok Yang Tidak Hiraukan Larangan

public2bsmokingjpg

Umum

Masih Ada Perokok Yang Tidak Hiraukan Larangan

Tepat jam 12 malam tadi, telah berkuatkuasa larangan merokok di premis restoran, tetapi hasil dari pemantauan, masih ramai perokok tidak menghiraukan penguatkuasaan ini.

Tinjauan yang dibuat oleh pihak media dan laporan dari pelanggan yang tidak merokok menunjukkan masih ramai perokok tegar menghembuskan hasap rokok tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Lebih mengecewakan ada antara mereka yang merokok di depan notis larangan merokok yang dipamerkan pemilik premis.

IKLAN

Mereka memilih meja di sudut paling tepi kedai untuk memudahkan mereka menghisap rokok biarpun ia masih memberi kesan kepada pelanggan yang duduk di meja berhampiran.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas