Connect with us

Oh! Media

Marini Kasman Tidak Meninggal Dunia Akibat Pencemaran Udara Pasir Gudang

Umum

Marini Kasman Tidak Meninggal Dunia Akibat Pencemaran Udara Pasir Gudang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam telah menafikan kematian seorang wanita di Pasir Gudang berpunca daripada insiden pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang tular di media sosial.

ADVERTISEMENT

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Marini Kasman, 38 tahun, menghidap penyakit darah tinggi.

Bagaimanapun, beliau mengakui mangsa mengalami gejala sukar bernafas, demam, dan batuk selama tiga hari sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 5 Julai lalu.

Pemeriksaan katanya, mendapati mangsa berada dalam keadaan akut iaitu tekanan darah sangat tinggi serta mengalami kesukaran bernafas.

“Pasukan perubatan yang merawat telah berusaha sedaya upaya memberikan rawatan kepada beliau, namun keadaan kesihatannya menjadi semakin serius dan telah meninggal dunia pada 6 Julai 2019, jam 4.20 pagi dengan penyebab kematian sebagai Decompensated Heart Failure (kegagalan jantung),” kata Dr Dzulkefly.

Pemeriksaan rekod mendapati, mangsa tidak pernah mendapatkan rawatan semasa kejadian di Sungai Kim Kim atau sejak 20 Jun 2019 lalu iaitu apabila terdapat laporan kejadian pelajar sekolah sesak nafas di Pasir Gudang.

“TOLONG jangan aibkan dan menambah derita kami,” kata A Bakar Abd Rahman suami kepada Marini.

Katanya, isterinya yang mempunyai rekod perubatan berkaitan darah tinggi sejak dua tahun lalu, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 4 pagi semalam.

“Isteri saya yang berniaga burasak memang ada sakit dan hidap darah tinggi sebelum meninggal dunia pagi semalam.

“Doktor ada memaklumkan paru-paru isteri sudah dimasuki air dan kekurangan oksigen,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah mengaitkan kematian isterinya berpunca daripada pencemaran Sungai Kim Kim atau pencemaran udara di Pasir Gudang.

Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas