Connect with us

Mangsa Rogol Terima 200 Sebatan, Perogol Dipenjara 5 Tahun Sahaja

Umum

Mangsa Rogol Terima 200 Sebatan, Perogol Dipenjara 5 Tahun Sahaja

Gambar Hiasan

Seorang wanita Arab Saudi yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan 200 sebatan oleh makhkamah, selepas didapati bersalah kerana bercakap kepada media mengenai jenayah yang berlaku ke atas dirinya.

Pada 2006, wanita tersebut menaiki kenderaan seorang rakan lelakinya sebelum dibawa ke sebuah kawasan terpencil dan kemudian dirogol oleh tujuh lelaki lain. Ketika kejadian , wanita tersebut berusia 19 tahun.

Sebelum ini, dia dikenakan 90 sebatan kerana berada di dalam kereta bersama lelaki bukan muhrim. Undang-undang arab Saudi menetapkan bahawa wanita yang keluar di tempat awam mesti ditemani oleh saudara lelaki pada setiap masa.

Peguam yang mewakili wanita itu pula dilarang mengendalikan kes tersebut selain lesennya dirampas kerana mendedahkan isi kandungan rayuan Mahkamah Agung kepada media. Beliau juga telah dipanggil untuk pendengaran tatatertib yang dijadualkan akhir bulan ini.

Difahamkan, kumpulan lelaki yang merogol wanita itu hanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

OHMEDIA: Mungkin undang-undang ini kedengaran pelik, namun ia adalah demi memastikan kesucian agama Islam dan memelihara maruah seorang wanita.

Tak Puas Hati Dengan Perkhidmatan Telko Yang Korang Guna?

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top