Connect with us

Oh! Media

Mane, Salah Bawa Liverpool Kembali Ke Takhta Liga

Umum

Mane, Salah Bawa Liverpool Kembali Ke Takhta Liga

Mohamed Salah dan Sadio Mane nampaknya sekali lagi menghancurkan harapan ‘haters’ pasukan Liverpool apabila berjaya menjaringkan gol untuk menewaskan Chelsea 2-1 malam tadi.

ADVERTISEMENT

Ini menjadikan Liverpool kembali di takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata di hadapan Manchester City. Namun perlu diingat, City boleh memintas semula kedudukan itu dengan kelebihan satu perlawanan.


Pada aksi lebih awal, City menewaskan Crystal Palace 3-1 dengan pengendalinya, Pep Guardiola mengakui pasukannya perlu memenangi kesemua baki perlawanan untuk menamatkan cabaran Liverpool.

Kekalahan menyaksikan pemburuan Chelsea untuk menduduki carta empat terbaik liga berdepan tamparan dengan kedudukan mereka boleh dirampas Manchester United dan Arsenal yang beraksi lebih lewat.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas