Connect with us

Manchester United Tour 2019 Akan Berkunjung Ke Singapura

Umum

Manchester United Tour 2019 Akan Berkunjung Ke Singapura

Penyokong dan peminat Manchester United di Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang ini apabila pasukan United dijadulkan akan mengharungi aksi pramusim di Singapura, China dan Wales.

United akan beraksi menentang Inter Milan di Stadium Nasional Singapura pada 20 Julai ini dan akan bertemu pasukan Spurs di Stadium Hongkou, Shanghai 25 Julai.

Pada 3 Ogos pula, United akan berdepan pasukan AC Milan di Stadium Principality, Wales bagi perlawanan akhir.

“Perlawanan ini dan jelajah keseluruhan, bukan hanya membantu persiapan pramusim kami, tapi juga menyediakan hiburan bola sepak dan peluang untuk berinteraksi dengan peminat kami,” kata Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dalam kenyataan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top