Connect with us

Oh! Media

Manchester United Berjaya Naik Tangga Kelima Untuk Sementara

manchester united vs brighton premier league latest score goals and updates 1074353jpg

Umum

Manchester United Berjaya Naik Tangga Kelima Untuk Sementara

Nampaknnya Manchenter United meneruskan aksi cemerlang mereka yang kini di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang kini telah mencatatkan tujuh kemenangan berturut-turut selepas mengalahkan Brighton 2-1 pagi tadi.

Kemenangan ini juga sekaligus telah melonjakkan United ke tangga ke-5 liga dengan kutipan mata sebanyak 44 mata.

Walaubagaimanapun, Arsenal telah merampas kembali kedudukan tersebut setelah berjaya menewaskan Chelsea 2-0 dan kini juga telah berkongsi mata bersama pasukan United.

IKLAN

Dalam aksi tadi, United meledak dua gol awal menerusi jaringan Paul Pogba dan Marcus Rashford pada babak pertama permainan.

Bagaimanapun, prestasi tuan rumah dilihat agak menurun selepas itu dan berada dalam keadaan cemas apabila Pascal Gross menjaringkan gol buat Brighton.

Pogba membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti, manakala Rashford yang membuat penampilan ke-150 bersama United, menjadikan keputusan kepada 2-0 pada babak pertama.

Gross mengurangkan defisit pada minit ke-72.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas