Connect with us

Oh! Media

Manchester City Berjaya Memintas Liverpool di Puncak Liga

Umum

Manchester City Berjaya Memintas Liverpool di Puncak Liga

Nampaknya perkara yang paling ditakutkan peminat setia Liverpool telah tiba apabila penyandang kejuaraan Liga Perda Inggeris iaitu pasukan Manchester City telah berjaya memintas Liverpool dan berada di puncak liga apabila menewaskan Everton 2-0 awal pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Pep Guardiola memuji semangat yang dipamerkan anak buahnya walaupun mengakui agak mencemaskan apabila tewas di tangan Newcastle minggu lalu.

Walaubagaimapun, Liverpool turut dilihat telah menghadapi sedikit tekanan apabila terikat seri dalam dua perlawanan menentang Leicester dan West Ham yang telah memberikan ruang untuk City memintas.

“Goodison Park, 2-0, kami harus bergembira. Daripada sudut konsisten, kami tidak melepaskan satu pun jaringan. Menjaringkan gol pada minit terakhir babak pertama, banyak membantu kami,” kata Guardiola.

“Kami bukanlah pasukan paling tinggi (pemain) di dunia jadi kami tidak jangka dapat menjaringkan gol daripada situasi bola mati, tetapi (penolong jurulatih) Mikel Arteta bekerja keras dengan mereka. Saya sangat berpuas hati.”

Namun City ketika ini bermain satu perlawanan liga melebihi Liverpool kerana kunjungan ke Everton dibawa ke depan disebabkan pertemuan aksi final Piala Liga dengan Chelsea bulan ini.

“Kami mempunyai satu perlawanan pada setiap tiga hari selama tiga bulan. Saya tidak tahu sejauh mana kemampuan kami, mungkin kami akan mati di pertengahan jalan namun kami sedang mencuba,” kata Guardiola.

“Kami sudah bermain satu perlawanan lebih daripada Liverpool. Ia bagus untuk berada di atas tetapi Liverpool juga mempunyai satu perlawanan di Old Trafford.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkannya tetapi empat atau lima hari sebelum ini, kami mungkin sudah ketinggalan tujuh mata di belakang, ia satu pengajaran untuk jangan sesekali mengaku kalah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas