Connect with us

Oh! Media

Mana Perginya Duit Puteri Balqis Semasa Dia Aktif Berlakon?

Umum

Mana Perginya Duit Puteri Balqis Semasa Dia Aktif Berlakon?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kesusahan hidup adik Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish. Berita ini telah tersebar luas apabila dia muncul dalam program Bersamamu (TV3) pada 12 Januari yang lalu. Rata-ratanya ramai netizen yang meluahan rasa simpati keatas kesulitan yang dihadapi oleh pelakon cilik yang berbakat itu. Turut mendapat perhatian daripada para artis dan produksi.

ADVERTISEMENT

Sutradara Malaysia iaitu Erma Fatima turut meluahkan kembimbangan kehidupan Aqish yang terkini kerana dia masih kecil. Apa yang Ohmedia baca, Erma Fatima mempersoalkan tentang bagaimana cara ibu bapanya membesarkannya dengan keadaan begitu? Yelah, dia kan kecil lagi tapi terpaksa bersusah payah jual buku puisi sekitar Kuala Lumpur untuk tanggung kos kehidupannya. Mak ayah dia buat apa?.

Erma turut mempersoalkan mengapa kehidupan Aqish berubah 360 darjah sedangkan hidup Aqish sekeluarga dahulu boleh dikatakan agak senang selepas Aqish melibatkan dirinya dalam bidang industri dan mana perginya duit-duit Aqish semasa aktif dulu?

Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak. Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup. Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah.

Persoalan itu menjadi tanda tanya juga pada Ohmedia. Semoga urusan adik Aqish ni dipermudahkan. Aamiin! Dalam pada itu, Erma turut berharap sekiranya ada bantuan yang dihulurkan seeloknya disalurkan terus ke hospital bagi membiayai kos perubatan adik Aqish.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas