Connect with us

Man United Gigit Jari Lagi, Gagal Ambil Peluang Untuk Menang

Umum

Man United Gigit Jari Lagi, Gagal Ambil Peluang Untuk Menang

Aduhai, tak tidur lenalah mimin malam ni. Ops, Ohmedia tak tahu nak cakap macam mana dengan keputusan perlawanan diantara Manchester United menentang Southampton tadi. Nampaknya nasib tak baik buat Man United selepas terikat 1-1.

Man United kebiasaan memang macam ni, apabila berlawan dengan pasukan yang tidak sebegitu kuat, mereka kalah, tapi kalau lawan pasukan kuat, boleh pulak menang, huhu. Tapi perlawanan sebentar tadi, telah disia-siakan Man United apabila pihak lawan hanya beraksi dengan 10 pemain pada saat akhir.

Pemain sayap Wales, Daniel James meletakkan pelawat di depan pada minit ke-10 sebelum Jannik Vestergaard menyamakan kedudukan buat tuan rumah selepas rehat menerusi tandukan.

Keputusan seri menyaksikan Man United sekadar mengutip lima mata daripada empat perlawanan selepas dipalit kekalahan mengejut 1-2 di gelanggang sendiri kepada Crystal Palace, minggu lalu.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top