Connect with us

Oh! Media

Malaysian Tigers Rebah Untuk Ujian Kali Kedua

Umum

Malaysian Tigers Rebah Untuk Ujian Kali Kedua

Skuad Malaysian Tigers bimbingan Roelant Oltmans yang tumpas 1-2 dalam perlawanan ujian pertama pada 16 November lalu nampaknya terpaksa akur untuk tewas untuk ujian kali kedua menentang New Zealand 3-4.

ADVERTISEMENT

Pasukan Hoki Negara kini sedang dalam persiapan bagi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India. Pada aksi hari ini, skuad ‘The Black Stick’ itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit keempat menerusi gol padang yang menarik daripada George Muir, sebelum Aidan Sarikaya menggandakan jaringan pada minit ke-20.

Pasukan Malaysian Tigers berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol padang Firhan Ashari, selang satu minit kemudian.

Dalam suku ketiga permainan, bermula daripada pukulan sudut penalti, penyerang prolifik kebangsaan Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42.

Namun, segala-galanya berubah pada suku keempat perlawanan apabila New Zealand berjaya menjaringkan dua lagi gol melalui pukulan sudut penalti Shea McAleese pada minit ke-47 dan Kane Russell (minit ke-51) manakala Malaysia hanya menambah satu gol hasil jaringan Nabil Fikri pada minit ke-48.

Walaubagaimanapun, kekealahan ini dilihat sebagai melihat dan meliti titik-titik kelemahan dan ia perlu diperbaiki.

“Kita perlu memperbaiki bahagian pertahanan yang saya lihat agak rapuh. Pada suku ketiga perlawanan, pemain kita berjaya menemui kembali rentak permainan, namun di suku keempat, New Zealand mengubah strategi dan berjaya menjaringkan gol,” kata Olthman.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas