Connect with us

Oh! Media

Malaysia Telah Membida Untuk Anjurkan Piala Dunia Hoki Lelaki 2022

Umum

Malaysia Telah Membida Untuk Anjurkan Piala Dunia Hoki Lelaki 2022

Malaysia telah sah membida hak penganjuran sebagai tuan rumah Piala Dunia Hoki Lelaki 2022 melalui Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

ADVERTISEMENT

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal sebentar tadi mengesahkan pihaknya telah melakukan bidaan kepada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sebelum tarikh tutup pada 31 Januari lalu.

Tarikh 1 hingga 17 Julai 2022 dipilih sebagai tarikh penganjuran Piala Dunia 2020 yang menunjukkan negara seperti pasukan ranking kedua dunia, Australia, Jerman, India, New Zealand dan Sepanyol juga mengemukakan tawaran untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

Jerman dan Sepanyol juga memilih tarikh 1 hingga 17 Julai 2022 manakala Australia, India dan New Zealand berminat untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 pada 13 hingga 29 Januari 2023.

Oleh itu, Lembaga Eksekutif FIH telah memulakan penilaian serta merta sebelum membuat keputusan pada Jun depan.Skuad hoki lelaki negara yang menduduki ranking ke-13 dunia, tidak terlepas membuat penampilan dalam dua edisi terakhir Piala Dunia bermula 2014 di The Hague, Belanda dan di Bhubaneswar, India hujung tahun lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas