Connect with us

Oh! Media

Malaysia Sekat Kemasukan Sampah Plastik Dari Negara Luar

Umum

Malaysia Sekat Kemasukan Sampah Plastik Dari Negara Luar

Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai tempat pembuangan sampah sisa plastik dari negara luar, kini akan memastikan kemasukan sisa ini dilarang di pintu masuk negara.

ADVERTISEMENT

Pihak kerajaan juga diharapkan untuk bertegas menggunakan Konvensyen Basel yang ditandatangani untuk menuntut negara pengimport sisa plastik, mengambil semula bahan berkenaan yang ditahan di pelabuhan negara.


Kini sebanyak 129 kontena yang mempunyai kandungan plastik terpakai di Pelaburan Barat dan Utara ketika ini perlu ditanggung kerajaan bagi kos pengendaliannya.

Isu salah guna kuasa di pelabuhan negara juga harus dilihat secara serius. Jika benar ada, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dilibatkan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil dan jika perkara ini dibiarkan, amat tidak masuk akal apabila sebuah negara kecil menjadi tempat pembuangan sisa plastik dari negara luar. Harap sesuatu dapat dilakukan terhadap masalah ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas