Connect with us

Oh! Media

Malaysia Future Leaders School Bakal Gantikan PLKN

Umum

Malaysia Future Leaders School Bakal Gantikan PLKN

Akhirnya pihak Kementerian Belia dan Sukan membentangkan tentang program yang akan menggantukan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

ADVERTISEMENT

Program yang diberi nama ‘ Sekolah Pemimpin Masa Hadapan’ atau Malaysia Future Leaders School itu dilihat sedikit berbeza dari PLKN apabila ia akan menggunakan konsep “summer camp” yang bakal diadakan semasa cuti sekolah.

Ini dibentang sendiri oleh Timbalan Menteri Belia iaitu Steven Sim Chee keong yang mensasarkan seramai 60,000 belia berumur 15 hingga 17 tahun akan disaring dari jumlah sejuta belia sekarang.

“Ia model yang berbeza daripada program PLKN sebab kita nampak ada kekurangan pada PLKN, sebab itu kita buat program baharu,” katanya di Dewan Rakyat, malam tadi.

Katanya, nisbah pelajar yang akan dipilih dicadangkan terdiri daripada 60 peratus pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang tinggi, manakala 40 peratus adalah pelajar yang perlukan perhatian, di kalangan belia-belia berisiko.

“Program berkenaan akan diadakan di pusat-pusat milikan kerajaan contohnya pusat PLKN terdahulu,” katanya.

Sebahagian daripada tapak milikan swasta terutama di Sarawak akan diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menjadikannya sebagai Kem Rejimen Sempadan,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas