Connect with us

Oh! Media

Malaysia Dilihat Menjadi Pusat Longgokan Sisa Plastik Paling Popular Dunia

Umum

Malaysia Dilihat Menjadi Pusat Longgokan Sisa Plastik Paling Popular Dunia

Sekarang, negara kita perlu menanggung kos longgokan sampah berunsur plastik dari negara United Kingdom setelah pengeksportan sisa plastik ke China diharamkan oleh negara tersebut. Kesan dari itu, negara kita terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM25 juta.

ADVERTISEMENT
Kesan dari itu lagi, turut dimaklumkan, New Zealand dan Australia turut akan melakukan perkara yang sama dengan membuang sisa plastik dari negara mereka ke Malaysia.

Buktinya Malaysia telah menerima 3 kali ganda sisa plastik dari New Zealand setakat 6 bulan kebelakangan ini menyebabkan peningkatan jumlah sisa plastik dari negara luar ke Malaysia telah melonjak dari 288,000 tan pada tahun 2016 hingga 500,000 tan pada tahun 2017.

Perkara ini dilihat amat membimbangkan kerana ia akan menyebabkan lebih ramai lagi menubuhkan  kilang-kilang pemprosesan haram yang selalunya akan membuang sisa toksik ke kolam takungan air.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas