Connect with us

Oh! Media

Makanan Yang Membantu Kita Tidur Dengan Nyenyak

Oh! Lifestyle

Makanan Yang Membantu Kita Tidur Dengan Nyenyak

Setiap orang pasti inginkan tidur yang nyenyak dan berkualiti pada setiap hari. Ini kerana tidur yang tidak berkualiti akan memberi kesan pada keesokan harinya di mana kita akan berasa mengantuk dan juga lesu untuk menjalankan tugas harian. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang beberapa makanan yang boleh membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.

ADVERTISEMENT

1. Kacang Badam

Jika korang makan kacang badam 5-7 biji setiap hari, ianya dapat membantu korang untuk tidur dengan nyenyak kerana nutrisi yang ada pada kacang tersebut mampu untuk stabilkan paras gula dalam darah ketika korang sedang tidur.

2. Pisang

Untuk pengetahuan korang, buah pisang mempunyai kalium, magnesium dan mineral yang dapat memastikan otot berada dalam keadaan baik dan membantu tidur menjadi nyenyak. Caranya makan buah pisang 2 atau 3 jam sebelum tidur.

3. Telur Rebus

Seperti semua tahu, telur rebus mempunyai protein yang baik untuk badan kita dan sesuai dimakan sebelum tidur untuk memastikan tidur korang berkualiti. tidur korang akan terganggu jika badan kekurangan protein.


OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH TIDUR KORANG

+ Baca respon pembaca makanan yang membantu kita tidur dengan nyenyak di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas