Connect with us

Oh! Media

Lukaku Setuju Ke Kelab Serie A dan Tinggalkan United

Umum

Lukaku Setuju Ke Kelab Serie A dan Tinggalkan United

Nampaknya luka Manchester United akan bertambah parah setelah Lukaku turut ingin meninggalkan United. Remelu Lukaku kini dikatakan telah bersetuju untuk menerima gaji sebanyak RM950,000 seminggu di kelab Serie A, Inter Milan.

ADVERTISEMENT

Lukaku yang merupakan pemain untuk Belgium bersetuju untuk meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris dengan yuran perpindahan sebanyak RM396 juta dan nampaknya United perlu segera mencari pemain gantian bagi memastikan pasukan mampu memberikan saingan musim hadapan.

Dan dalam ahbar tabloid Britain, ada mendedahkan bahawa United kini sedang cuba untuk mendapatkan perancang Bournemouth, David Brooks yang dianggarkan berharga RM264 juta.

Pemain berusia 26 tahun itu bersetuju mengikat kontrak asas bersama kelab Itali itu dan perpindahan akan berkuatkuasa sebaik bayaran dipersetujui oleh dua kelab terbabit.

Bayaran setahun Lukaku sebanyak £9j (RM47j) adalah jumlah yang sama jika dia terus kekal bersama United musim depan.

Untuk pengetahuan korang, Lukaku menerima sebanyak £225,000 (RM1.19j) seminggu pada musim lalu tetapi gajinya dipotong sebanyak £45,000 (RM238,000) seminggu selepas United gagal layak beraksi ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas