Connect with us

Oh! Media

Liverpool Menang Cara ‘Kotor’? “Ada Siapa Kisah?” Jurgen Klopp

Umum

Liverpool Menang Cara ‘Kotor’? “Ada Siapa Kisah?” Jurgen Klopp

Nampaknya pengendali pasukan Liverpool, Jurgen Klopp tidak kisah digelar menang dengan cara ‘kotor’ asalkan pasukannya dapat mencuri tiga mata berharga.

ADVERTISEMENT

Ini apabila Liverpool berjaya mendapatkan kemenangan dramatik 2-1 menentang Tottenham yang berjaya membawa pasukan itu kembali ke persada Liga Perdana.

Gol pertama berjaya dicipta pasukan Liverpool menerusi jaringan Roberto Firmino pada babak pertama dan Lucas Moura berjaya menyamakan kedudukan selepas waktu rehat.

Namun, tandukan dramatik penyerang sensasi Mohamed Salah memastikan kemenangan Liverpool apabila bola yang ditanduk ditepis penjaga gol dan terkena Toby Alderweireld untuk gol sendiri.

“Saya melihat tandukan itu. Saya tidak tahu bagaimana ia masuk.

“Ia hanya sesuatu yang positif. Saya pernah katakan ada 500 cara menang bola sepak dan hari ini agak kotor. Siapa kisah?”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas