Connect with us

Oh! Media

Liverpool Kembali Rampas Puncak Liga Daripada Manchester City

Umum

Liverpool Kembali Rampas Puncak Liga Daripada Manchester City

Selepas berjaya dipintas penyandang juara pasukan Manchester City, kini Liverpool telah berjaya merampas semula carta teratas Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mencatat kemenangan 3-0 menentans Bournemouth.

ADVERTISEMENT

Dua keputusan seri berturut-turut menentang Leicester dan West Ham menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu diatasi Manchester City dengan perbezaan gol, pertengahan minggu lalu.

Klopp sebelum ini mencabar pemainnya supaya ‘menikmati’ keterujaan memburu kejuaraan liga berbanding dibelenggu dengan rasa gemuruh bagi menamatkan penantian 29 tahun Liverpool meraih gelaran.

Justeru, selepas Mane memecah kebuntuan gol pada pertengahan babak pertama, ia meredakan ketegangan di Anfield yang menyaksikan Reds kembali ke landasan kemenangan yang membantu mereka meraih sembilan kemenangan berturut-turut pada November dan Disember.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas