Connect with us

Oh! Media

Lin Dan Hanya Akan Bersara Jika Datuk Lee Chong Wei Bersara

Umum

Lin Dan Hanya Akan Bersara Jika Datuk Lee Chong Wei Bersara

Musuh tradisi diantara Datuk Lee Chong Wei dan pemain badminton China, Lin Dan kini masing-masing dilihat telah tiba masa untuk mereka berdua menggantungkan raket. Tetapi Lin Dan dalam satu kenyataan mengatakan dirinya hanya akan bersara jika Lee Chong Wei turut membuat keputusan yang sama.

ADVERTISEMENT

Lin Dan yang kini sudah berusia 36 tahun dan merupakan juara Olimpik dua kali juga berkata dia masih mampu beraksi di peringkat tertinggi serta mahu terus mencara kemampuan dirinya selain memberi contoh yang baik kepada pemain muda.

“Saya ingin mencabar diri sendiri untuk mengetahui sampai mana tahap yang saya boleh capai. Saya juga ingin menunjukkan contoh yang baik kepada pemain muda agar mereka boleh melakukan perkara sama.

“Lagipun, Chong Wei masih belum mahu bersara, jadi saya fikir perlu terus beraksi,” kata Lin Dan.

Lin Dan turut tidak menafikan dirinya hanya akan menyarung raket sekirannya mengalami kecederaan atau masalah kesihatan dan turut mengakui masa kini pesaingan lebih sengit dalam acara perseorangan lelaki.

Namun Lin Dan dikatakan akan tetap melakukan yang terbaik untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020.

Chong Wei juga sebelum ini telah beberapa kali menegaskan yang dia masih akan terus beraksi dengan fokus utama untuk layak ke Olimpik Tokyo 2020.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas