Connect with us

Oh! Media

Lima Selebriti Yang Berasal Dari Negeri Sembilan

Oh! Artis

Lima Selebriti Yang Berasal Dari Negeri Sembilan

Harini sis nak kongsikan sikit tentang selebriti yang berasal dari Negeri Sembilan. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada juga yang taktahu lagi tentang mereka ni merupakan anak jati Nogori! Walaupun tidak bercakap dalam loghat Negeri Sembilan tapi tak bermakna mereka tak pandai langsung kan?
Dorang ni kalau balik Nogori mesti ada punya bercakap dalam loghat Nogori. Ada juga yang cakap  Nogori pokat sampai orang luar pun tak paham. Eh hahahaha gurau-gurau. So kalau korang nak tahu sis maksudkan selebriti yang mana jom sambung tengok bawah ni.

1. Sari Yanti binti Dato’ Mohamad Nazari

ADVERTISEMENT

Sari Yanti merupakan seorang pelakon, model dan juga penerbit. Beliau berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau lahir pada 9 November 1984. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara (2007–08). Pada 2017, sari mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon dan pelawak Jep Sepahtu.

2. Mohd Shukri bin Shahabudin

Mohd Shukri atau lebih dikenali sebagai Hattan merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman dan juga pelakon. Beliau berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau lahir pada 21 Disember 1964.

3. Siti Nordiana binti Alias

Siti Nordiana merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan juga ahli perniagaan. Beliau berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau lahir pada 22 November 1984. Nama beliau meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.

4. Ahmad Nubhan bin Hj Ahamad

Nubhan merupakan seorang penyanyi, pelakon, model dan juga pengacara. Beliau berasal dari Kuala Pilah Negeri Sembilan dan lahir pada 2 April 1986. Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut.

5. Siti Adibah binti Yunus


Adiba Yunus merupakan seorang pelakon dan peragawati. Beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan lahir pada 5 Oktober 1988. Memulakan kerjayanya sebagai perunding kecantikan, seterusnya menjadi peragawati. Bakat beliau dicungkil oleh syarikat Metrowealth Pictures milik David Teo dan banyak membintangi filem-filem terbitan syarikat itu.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas